Thursday 20 October 2011

Refleksi Pelaksanaan Mikro Pengajaran

Sebelum mikro pengajaran ini telah dilakukan oleh pengajar, pengajar telah berbincang dengan rakan-rakan se-kursus tentang kandungan mikro pengajaran sedemikian.
Melalui perbincangan, rakan-rakan se-kursus pengajar telah berpendapat bahawa kandungan mikro pengajaran bagi pengajar adalah bersesuai dengan tempoh waktu yang terhad dalam mikro pengajaran. Ini adalah kerana konsep tumbesaran adalah merupakan suatu konsep pengetahuan yang mudah difahami oleh murid-murid sekiranya dengan menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai.
Kekuatan yang ada dalam RPH mikro pengajaran ini ialah pengajar telah menggunakan kaedah simulasi dalam mikro pengajarannya. Dalam mikro pengajaran ini, pengajar telah menggunakan kasut selipar bayi dan orang dewasa sebagai alatan simulasi.

Kasut selipar bayi yang terlalu kecil kepada saiz kaki seseorang murid Tahun 2 memang tidak dapat dimuat. Manakala kasut selipar orang dewasa pula adalah terlampau besar berbanding dengan saiz kaki seseorang murid Tahun 2.
Maka, melalui kaedah simulasi ini, pengajar cuba memperkenalkan konsep “manusia telah dan akan mengalami proses tumbesaran mengikut peredaran masa”.
Dalam mikro pengajaran ini, pengajar juga telah melibatkan murid dalam langkah perkembangannya pada sesi P&P. Pengajar telah meminta murid-murid untuk cuba memakaikan kasut-kasut selipar yang bukan merupakan saiz muatan kaki mereka.
Melalui penerangan daripada pengajar, serta pengalaman kendiri tentang kasut-kasut selipar yang bukan merupakan saiz muatan kaki sendiri, murud-murid yang telah melibatkan diri dalam simulasi akan dapat memahami konsep pengetahuan “manusia akan dan telah mengalami proses tumbesaran mengikut peredaran masa” dengan lebih jelas dan dalam lagi.
Secara keseluruhan, pengajar berpendapat bahawa adalah elok agar mikro pengajaran ini ditambahbaikan dari segi penggunaan jumlah alat bantu mengajar.
Ini adalah kerana sekiranya pengajar hanya menggunakan kasut selipar bayi dan orang dewasa, ia mungkin akan menimbulkan kekeliruan di kalangan murid bahawa proses tumbesaran manusia hanya melibatkan penambahan saiz sahaja, tetapi bukan pada ketinggian dan keberatan.
Maka, untuk membolehkan murid-murid mengetahui konsep pengetahuan ini dengan lebih jelas dan dalam, pengajar mungkin boleh meminta murid-murid untuk membawakan baju bayi mereka dan baju ibu bapa mereka untuk membuat perbandingan yang selanjutnya.
Ini adalah kerana sewaktu manusia mengalami proses tumbesaran sehingga tamat tempoh akil balighnya, manusia juga berubah dalam ketinggian dan keberatan. Maka baju dapat menjelaskan konsep perubahan ketinggian dan keberatan dengan lebih jelas lagi, sekiranya perbandingan dilakukan di antara baju bayi murid dengan baju ibu bapa mereka.

0 comments:

Post a Comment

下次再来哟!!