Tuesday 25 October 2011

Refleksi Pelaksanaan Makro Pengajaran


Secara keseluruhan, pengajar telah mencapaikan objektif P&Pnya, di mana murid-murid telah dapat memerhatikan tumbuhan yang sedang mengalami proses  tumbesaran serta mencatatkan ketinggian dan bilangan dedaunnya.
Ini dapat diketahui daripada carta-carta yang dibentukkan oleh murid-murid yang memaparkan perbezaan dari segi ketinggian dan bilangan dedaun yang ada pada benih kacang hijau yang ditanamkan oleh mereka setiap hari sejak lapan hari yang lepas.
Walaupun carta-carta yang dibentukkan oleh murid-murid mungkin kurang kemas dan bersih dalam pandangan kaca mata orang dewasa, namun ia tetap menunjukkan bahawa kebolehan murid-murid untuk merekodkan dan memindahkan data-data catatan mereka daripada catatan yang tidak formal (catatan persendirian yang asal) kepada catatan yang formal (carta dalam lembaran kerja).
Dalam sesi P&P ini, pengajar juga telah melibatkan murid secara aktif. P&P dimulakan dengan tayangan video clip[1] tentang proses tumbesaran benih kacang hijau. Penglibatan aktif pada murid-murid dimulakan dengan pemindahan data-data pada catatan persendirian mereka ke dalam bentuk carta dalam lembaran kerja.
Sepanjang langkah perkembangan dalam sesi P&P ini, murid-murid sendirilah yang hendaklah memindahkan data-data dalam catatan persendirian mereka ke dalam bentuk carta-carta dalam lembaran kerja. Mereka sendirilah yang hendak menentukan panjang benang berwarna yang mereka gunakan untuk mewakili ketinggian benih kacang hijau mereka. Mereka sendirilah yang hendak menggukur, menggunting, dan melekatkan benang warna pada lembaran kerja.
Mereka juga hendaklah menukarkan bilangan dedaun yang ada pada benih kacang hijau mereka dari catatan persendirian kepada bentuk lukisan dedaun yang mereka gemarkan dalam bentuk carta pada lembaran kerja.
Selepas mereka siap memindahkan data, mereka juga perlu membuat perbandingan dan pembezaan dengan memerhatikan ketinggian dan bilangan dedaun yang ada pada benih kacang hijau mereka.
Data yang telah dicatatkan pada mereka mungkin berbeza di antara satu sama lain secara berasingan mengikut kualiti benih kacang hijau dan faktor-faktor persekitaran benih kacang hijau mereka. Dan ini akan menghasilkan keputusan perbandingan dan pembezaan yang berlainan pada mereka, yang seterusnya membentukkan hipotesis yang berlainan.
Dengan adanya perbezaan berlainan yang wujud pada setiap murid, maka mereka akan berusaha secara aktif untuk memperoleh keputusan yang paling tepat sepanjang proses pengajaran makro ini.
Semasa sesi P&P ini dijalankan, pengajar berpendapat bahawa terdapat keperluan di mana rancangan P&P ini diubahkan. Ini adalah kerana pengajar berpendapat bahawa tempoh dalam sesi P&P ini kurang mencukupi.
Langkah perkembangan dalam rancangan P&P ini seharusnya dilanjutkan sehingga 60 minit untuk memberikan tempoh masa yang mencukupi kepada setiap murid untuk membentukkan carta-carta mereka dengan lagi kemas dan bersih. Ini adalah kerana tempoh masa yang diberikan untuk mmurid-murid Tahun 2 untuk menyiapkan 2 carta dalam lembaran kerja mungkin adalah kurang mencukupi.
Selepas melalui sesi pengajaran makro ini, pengajar juga berpendapat bahawa adalah perlu bagi setiap murid-murid untuk memperkukuhkan kemahiran proses sains mereka.
Ini adalah kerana pengajar mendapati bahawa terdapat sebahagian kecil murid-murid tidak berupaya untuk menguasai kemahiran proses sains asas dalam kemahiran mengukur dan menggunakan nombor. Dalam kemahiran sains bersepadu pula, hampir semua daripada murid-murid tidak berupaya untuk mentafsirkan data, dan menggunakan data-data yang diperolehi untuk menghasilkan hipotesis sains.
Kekurangan penguasaan terhadap kemahiran proses sains ini akan menjejaskan murid-murid tersebut dalam usaha untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran sains pada masa yang akan datang. Ini adalah kerana kandungan sains pada Tahun 3, 4, 5, dan 6 banyak memerlukan penguasaan kemahiran proses sains yang lebih rumit pada murid-murid untuk menjawabkan soalan-soalannya.
Sekiranya pengajar diberikan peluang untuk melakukan makro pengajaran ini terhadap kumpulan murid yang sama di bawah keadaan tempoh P&P yang mencukupi, pengajar akan cuba mendedahkan kepada murid-murid tentang pelbagai faktor persekitaran yang terlibat dalam proses tumbesaran tumbuhan secara ringkas tetapi lengkap.
Ini adalah kerana mengikut sukatan pelajaran, murid-murid hanya perlu mengetahui konsep bahawa pertumbuhan tumbuhan memerlukan air sahaja. Namun secara realiti, pertumbuhan tumbuhan juga berkaitan dengan faktor-faktor yang lain seperti cahaya, udara, kelembapan, suhu, tanah dan sebagainya.
Dengan adanya pendedahan kepada ini, ia mungkin dapat menanam minat murid terhadap ilmu sains, serta melahirkan kesyukuran terhadap alam sekitar yang penuh dengan keajaiban ilmu-ilmu sains.

0 comments:

Post a Comment

下次再来哟!!