Secara keseluruhan, pengajar telah mencapaikan objektif P&Pnya, di mana murid-murid telah dapat memerhatikan tumbuhan yang sedang mengalami proses tumbesaran serta mencatatkan ketinggian dan bilangan dedaunnya.
Ini dapat diketahui daripada carta-carta yang dibentukkan oleh murid-murid yang memaparkan perbezaan dari segi ketinggian dan bilangan dedaun yang ada pada benih kacang hijau yang ditanamkan oleh mereka setiap hari sejak lapan hari yang lepas.
Walaupun carta-carta yang dibentukkan oleh murid-murid mungkin kurang kemas dan bersih dalam pandangan kaca mata orang dewasa, namun ia tetap menunjukkan bahawa kebolehan murid-murid untuk merekodkan dan memindahkan data-data catatan mereka daripada catatan yang tidak formal (catatan persendirian yang asal) kepada catatan yang formal (carta dalam lembaran kerja).
